Monday, 1 August 2011

Ramadan dan Anda .

Assalamualaikum,
Rujukan Majalah Solusi ( edisi khas Ramadan dan Syawal )

Peringkat Puasa :
PERTAMA :
Orang yang berpuasa sekadar menahan diri daripada makan , minum dan persetubuhan pada siang hari tetapi tidak menahan diri dari mengumpat, melihat perkara yang haram dll.

KEDUA :
Golongan puasa khawas ini agak kukuh sedikit puasanya. Dapat menahan diri daripada makan, minum dan persetubuhan di siang hari dan juga tidak melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa. Golongan ini sebenarnya berasal daripada golongan pertama dia atas tetapi telah melalui proses mujahadah yang rapi.

KETIGA :
Golongan khawas al-khawas agak eksklusif namun tidak sukar dicapai. Mereka berpuasa bukan kerana pahala atau takut dosa tetapi kerana mahu mendekati Allah. Jadi sepanjang berpuasa, mereka sentiasa ingat akan Allah lalu tiada masa untuk melakukan dosa lagi.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai tahap ketiga, seseorang itu perlulah melalui tahap pertama dan kedua. Tiada siapa yang dihalang daripada meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Bergantung kepada IMAN dan KESUNGGUHAN diri masing masing.

Jadi, mari kita sama2 bertanya pada diri sendiri..kita berada di tahap yang mana ? Masih di tahap pertamakah ? Tahap kedua ? Atau tahap ketiga. Marilah kita sama mengingatkan dan berfikir sejenak. Takkan selama-lamanya kita berada ditahap yang sekarang. Takan setelah 20 tahun atau lebih kita berpuasa kita masih di tahap pertama atau kedua...Kenapa kita tidak berusaha meningkatkannya...Adakah kita sempat untuk bertemu dengan Ramadan yang seterusnya ? Ingat semua...Ajal maut Allah yang tentukan.

Jadi rakan2 dan sahabat taulan....marilah kita renung2kan. Mari kita bersama2 memperbaiki diri kita. InsyaAllah.