Thursday, 21 July 2011

Masa Lapang ke Mana Sempat

Selalu bila disebut masa lapang, orang akan akan kaitkan dengan hobi. Masa zaman sekolah-sekolah dulu bolehlah sebut hobi saya. Teringat masa sekolah rendah, selalu sangat cikgu suruh buat karangan bertajuk ' Hobi Saya ' kalau dalam kelas Bahasa Malaysia dan dalam kelas Bahasa Inggeris pula, kena tulis essay " My Hobby "

Ni cerita kosong sahaja. Kalau yang mana dah jadi mak mak orang tu tak kisahlah yang bekerja atau surirumah, dah tak ada istilah masa lapang dah. Sekarang panggil masa MANA SEMPAT la...haha

Masa MANA SEMPAT aku suka aku isikan dengan membaca. Suka sangat membaca tapi membaca buku ringan2 aje...bukan yang menyesakkan kepala. Buka romance novel, mystery, motivasi(bukan buku motivasi yang boring ek)..Kalau gaya penulisan mcm Dr Tuah tu ok je. Dalam satu bulan boleh habiskan 4 ke 5 buku. Tak mainlah buku nipis2. Mestilah yang tebal2.

Kalau orang lain yang spesis SHOPAHOLIC suka membeli baju, handbag dll. Aku pulak gila beli buku. Mesti visit kedai buku. Sekali beli habis lah nak dekat ratus. Penyakit aku satu aje. Aku tak suka baca buku pinjam or 2nd hand book. Takde feel n mood nak baca nanti. Lagi satu perasaan puas hati setelah membaca adalah untuk memiliki especially if the book memamg best giler. Dah macam mini library kat umah ni.Takdela banyak sangat pun tapi oklar. Maybe one day after 4 or 5 years later aku akan baca semua buku ni balik.

My favourite authors are Sophie Kinsella, Cecilia Ahern, Robin Palmer, Meg Cabot and Jessica Verday. Buku novel in Bahasa Melayu pun aku suka gak tapi terlalu banyak membaca novel melayu ni buat aku sesak. There are many talented young writers but mostly dia punya cerita lebih kurang sama. Bercinta bagai nak rak, kahwin sama ada restu atau tidak, bergaduh sebab simpan rahsia, nak cerai....aah, pening2. I've got about 70 novel melayu but for the past 2 years, aku tak pernah beli yang barunya. Ha....

Well, my masa MANA SEMPAT tu ialah ketika makan sorang2 ( siang ketika husband di ffice ye ), dalam kereta ketika tunggu anak keluar sekolah, dalam bank or atau masa anak tengok tv...dia nak berkepit sambil tgk tv tapi ibunya tak larat dah nak layan tgk tv cerita DIBO, TIMMY TIME dan mana yang sewaktunya........

No comments:

Post a Comment